Powered by Blogger.

CINTA KASWI ATAN

by - 8:00 AM

Hakim terkenangkan kisah Atan. Kisah yang mengajarnya erti secebis cinta.

Atan memang jiwanya kental. Walaupun beliau sangat tegas dengan perinsip, siapa yang kenal diri Atan tahu jiwanya halus. Penyayang.

Bagi sahabat² rapat, dia seorang yang kenyal. Kalau jiwanya panas, marahnya berhemah. Kalau dia bimbang riak wajahnya tidak berubah.

Atan suka berterus terang, walau berat. Di selitnya tawa biar jarum yang tertusuk sampai penawarnya. Sikap Atan kekal begitu walaupun umurnya dah menghampiri 40 tahun.

Keluarga Atan suka berniaga makanan, begitu juga Atan dengan perniagaan kueh kaswinya. Penduduk Pekan Gunung Semanggol pasti kenal Kueh Kaswi Goyang.

Menjamah kueh kaswi Atan terbayang wajah redup Atan pada pandangan jiwa dalam setiap suapan.
Gambar sekadar Hiasan
Sumber Image: Klik Sini

Malam itu sangat berbeza dari malam² yang lain. Bulan terang, bintang² penuh terhampar bagaikan menghiasi panorama pasirnya pantai.
Sunyi.
Sepi.
Tiada bunyi cengkerik mengawan. Tiada juga bunyi semut berkejaran.

Seusai menunaikan solat suat tarawih dirumah, Atan termenung sendirian disudut pondok Kaswinya.
Pondok yang mebjadi inspirasi hidup Atan bersebelahan rumahnya.

Disitulah Atan berkarya, meluahkan perasaan terpendam dalam seni masakan kueh kaswi. Sejak kembali dari Johor, ruang² masanya dihabiskan disitu. Dia tidak lagi melepak menyiram masa masa usia diatas pepasir waktu kehidupan.

Pondok kehidupan yang banyak mengubah paradigm pemikiran Atan dan transformasi diri. Sehingga Atan sendiri pun tidak sedar perubahan keadaan pola pemikirannya.

Puas termenung, Atan mengalihkan pandangan matanya pada besen bancuhan tepung dan periuk kukus.

Ditongkatnya lutut, ditenggakkan tulang belakang yang bengkok, Atan gagahkan diri bangun dari tempat termenungnya tadi. Di bantu cahaya pelita bersama limpahan sinaran bulan terselit ke ruang pondok, Atan membetulkan cermin mata yang retak sebelah.

Selipar Jepun Atan warna biru berlobang tidak padan kiri dan kanan hasil pertukaran suka sama tidak suka dimasjid Pekan Gunung Semanggol Jumaat lepas diseret perlahan.
"Srrreeeetttt…"
"Srrreeeetttfff...."

Selipar Atan bergesel dengan pasir lantai pondok kaswinya, terhasilnya bunyi yang memecahkan suasana sunyi.

Malas meresapi keseluruh anggotanya menjalar melalui saluran terowong darah. Terasa darahnya seakan membeku kesan embun pagi semakin menyejukkan suasana.

Namun, kekentalan jiwa Atan sekenyal kueh kaswi goyangnya.
Dalam mata hatinya, tebayang² 10 bazar Ramadhan perlu ditempuhinya dan 15 buah masjid yang dah buat tempahan awal buat juadah berbuka.
"Semua janji² ku, mesti aku tunaikan"

Getus rahsia hati Atan menjadi salah satu faktor utama kenyalnya jiwa. Dia tidak pernah merungut dengan apa yang dihadapi. Dia tak mahu menghampakan permintaan pelanggan-pelanggan.
"Itulah, never make promise when you are happy, never make a decision when you are sad"

Kata kata perli Ibu Atan suatu ketika dulu terngiang-ngiang. Dari mana lah Ibu Atan copy and paste ayat tu.

Hmmmm….
Bukannya ibu Atan tak tahu, Atan marah dia bila Ibunya perli tindakan dan keputusan Atan yang kadang kurang tepat. Kata-kata peril Ibu Atan memang makan dalam. Pedas. Tajam. Menusuk kejantung. Censored.

Atan juga malu bila mana Ibunya perli dihadapan kawan-kawan. Itu pun Ibunya tahu.
Tetapi, itulah tanda kasih dan sayangnya seorang Ibu kepada anak kandung. Semuanya kerana Ibunya kenal sangat sikap dan perangai Atan, pantang dicabar. Dengan kata kata hikmah perli ibu, Atan sentiasa move on dalam kehidupan.

Walaupun Atan dah biasa sejak dari kecil lagi. Cuma kadang-kadang Atan tarik muka juga depan Ibunya.
Anak manja.
Atan sedar, dia hidup berani selama ini pun hasil didikan kata kata azimat Ibu yang tidak pernah jemu mendidik dan mengasihinya.
Malah,

Kecekapan memasak Atan pun turun dari Ibunya setelah berkali-kali di perli. Atan terasa sangat dicabar ketika itu dan ingin membuktikan kepada Ibunya tersayang. Atan tekun dan bersungguh belajar memasak semasa hijrahnya di Johor.
Penghijrahan yang banyak mengajarnya erti kehidupan.
Selama ini kebergantungan dengan Ibu mebuatkan Atan selesa.

Rupanya, pengajaran hidup berdikari itu adalah persediaan Atan untuk meneruskan lagi hijrah yang tidak akan pernah berhenti.
~~~
Dengan perlahan, penuh tertib Atan cedok 5 cawan tepung ubi dari guni dan dia tuang ke dalam besen besar yang hampir lusuh dimamah usia. Besen warisan turun temurun sejak Ibunya berniaga lagi hinggalah Ibu atan pencen.

Debu² tepung gandum terbang terkena muka Atan. Bertompok² wajah Atan.
Dicampurnya lagi 2 cawan setengah gula merah dan juga 2 setengah sudu kapur ke dalam besen tadi. Berbekalkan pengalaman 2 tahun sebagai peniaga Kueh Kaswi, Atan menuangkan air masak kedalam bancuh adunan tadi.
“Cukup lah kot… yang penting tak nampak likat sangat, nanti Kaswi tak bergoyang…” bicara hati Atan sendiri.

Malam itu, Atan tidak menyanyi sambal memasak seperti hobi biasanya. Atan tak sedar. Dia terlupa satu adunan lagi.
Atan meneruskan rutin biasa dalam suasana sunyi. Sekali sekala bunyi selipar Atan yang diseret malas.
Siap bancuhan,
Atan buka penutup periuk kukus.
“Air pengukus dan mendidih…”

Setelah air dalam periuk kukus mendidih, Atan tuang bancuhan kaswi tadi ke dalam acuan-acuan kecil. Cermat-cermat. Takut tumpah.
Atan kais² kan kayu api yang membara, supaya apinya tidak terlalu kuat.

Kiraan Atan, bancuhan kaswi tadi cukup² untuk memenuhi permintaan *Kueh Kaswi Goyang Melentik* yang semakin viral sejak bulan puasa tahun ni.

Semua perancangan Atan untuk penghantaran kueh kaswi esok direkodkan dalam diari kaswi. Atan tak mau tersalah, nanti pelanggan marah.
Atan tak kisah pun pelanggan nak marah sebenarnya. Jiwa Atan kental sekental kaswinya.
Atan bisnes kue kaswi kerana cinta. Ya cinta. Bukan kerana yang lain. Pelanggan Atan tak pernah merungut. Malah sentiasa memuji keenakan kueh kaswi Atan.
Dari cinta kepada cinta.

Cintalah yang sentiasa meniup semangat yang membara dijiwa Atan.
Itulah petua rahsia keenakan kueh kaswi viral Atan.
Masak dengn cinta.
Atan yakin dan percaya akan cinta hakiki yang ditemuinya didalam diri sendiri.

Hidup ini perjalanan, kata ibu Atan, hidup ini sebuah persinggahan.
Atan tambah lagi, hidup ini penghijrahan.
Atan tahu semunya sama keadaan dan maksud bahasa istilah. Tapi macam biasalah, Atan nak menang jugak dengan ibunya.

Tapi,
Atan terlupa resepinya malam itu.
Malam itu kueh kaswi Atan tiada cinta.
Malam kosong itu Atan sambung termenungnya lagi dipenjuru pondok kaswinya.
Direnungnya kembali,

Hijrah Atan dari Johor banyak hikmah.
"Hang jangan dok sedih sangat Atan, kita ni hidup menumpang ja didunia ni, musafir"
Sekali sekala ibu Atan menasihati juga anak manjanya.
"Benda boleh gembira, buat apa nak sedih" - Tambah ibu lagi.
Bahahahahaha…. Atan gelak

~~~
Malam itu,
Jiwa Atan kosong. Rupanya Atan akan berhijrah lagi.
Cinta kaswi Atan bakal terhenti.
Cinta kaswi Atan yang terakhir malam tu.
Cinta kaswi Atan akan kini beralih Arah*
Cinta kaswi goyang akan membeku bersama dinginnya malam 7 likur itu.
Atan buka tudung periuk kukus. Dia cucuk-cucuk dengan lidi kelapa.
“Sikit lagi nak masak…” bisik Atan dalam dengar tak dengar.
Mata Atan semakin layu. Mengantuk. Atan menguap lapan kali.
Akhirnya dia tertidur duduk disamping kueh kaswi tanpa cinta.

~~~
Esoknya, Atan terima pesanan ringkas sewaktu dia berbuka puasa.
"Atan, Awat kaswi hang tawaq? Tak macam sebelum² ni?" - SMS dari tok siak rupanya.
"Terima kasih bang Non, Tiada lagi cinta bang Non"
Atan jawab ringkas.

Atan redho. Dia tak ambil pusing komplen pertama yang diterima. Cintanya telah hilang. Atan Sambung makan, dia cedok pajeri nenas febret ibunya. Atan buka puasa sorang² dalam pondok kaswinya.
Atan berbuka puasa tahun itu tanpa cinta disisi.
Namun, kasih tetap mekar dihati.

Kenangan demi kenangan
Menjelma diingatan
Sukarnya melupakan dirimu
Rintihan demi rintihan
Menyeksakan hidupku
Aku derita... keranamu
Oh kekasih


Atan memainkan lagu lama kumpulan Arrow buat teman dia berbuka puasa. Lagu raya tidak memberi kesan lagi dijiwanya.
Sentuhan Melekat Album Kumpulan Arrow (2001) khusus untuk Kueh Kaswi Atan.


Saljuhumairah,
11.52a.m.
22.4.2019
Isnin
Shah Alam, Selangor.

You May Also Like

0 comments