Powered by Blogger.

KAMU ITULAH AKU

by - 8:00 AM

Duhai kamu memandang aku
Lihatlah aku sebenar benar penglihatan kamu
Kecilkan Maya intailah halus dirimu
Usah kamu biarkan terlintas sekelip selain aku
Kerna aku memandang kamu


Duhai kamu di panggil aku
Tinggalkan sepi itu menemani kamu
Biarkan hanya kamu menyertai aku
Tutup telinga
Dengarkan suara kelam lagu yang terdendang
Kerna aku dipanggil engkau


Duhai kamu bernama aku
Berhentilah cukuplah
Sudah sudahlah peperangan itu
Perang zaman sejak dahulu
Saat kamu memperkenalkan bezanya aku
Kerna perang saraf itu adalah antara aku dan kamu


Duhai kamu sahabat aku
Perbalahan kita berlapis nipis
Tidak akan tamat mengikut perasangka aku
Hanya bila aku tidak mahu redha kamu
Maka terus tari senjata saling bercumbu
Kerna aku itu sahabat kamu


Duhai kamu percayakan aku
Antara lapis nafas aku dan kamu
Tersimpul rahsia mustika Alamnya aku
Damailah antara jiwa Dan sangkarnya
Larutan cecair cinta melerusuk
Pekat ubati luka tidal berdarah
Kerna aku iti adalah kamu


Saljuhumairah


You May Also Like

0 comments