MATI YANG SEPI
Mati.
Aku tahu.
Kau sering bersedih.
Kerana selalu aku memandang mu sepi.
Belum lagi yang membencimu.
Hina.
Suram.
dan Kelam.
Tak mengapa.
Biar mereka yang belum sampai masanya.
Merasai nikmatnya kamu.
Kurniaan yang tak mungkin dikecapi.
Tanpa anugerahNya.
Suatu hari nanti.
Pasti mereka kan ketemu.
Aku ada disini.
dan
Tetap disini ingin menemanimu.
Supaya kau terhibur walau dengan memanggil namamu mati.
Bukankah kau turut sama mencintaiku terlebih dahulu?

Bilik sewa tingkat 3. Ya, diri ini sekadar bilik sewa yang sempurna dengan kelengkapan disediakan tuan rumahNya. Selalu alpa akan bayaran tertunggak sewaan. Sering berasa semuanya diri empunya. Salah guna. Sampai masanya dipaksa keluar, lalu diri barulah merasa hampa dan tidak berguna.
0 comments