SYAITAN DAN MALAIKAT DIRIKU
Satu lagi tak berhenti menjentik hati
Dua susuk yang menemani dalam diri
Inginku bunuh pergi
Tidak berdaya lagi
Lalu aku
Itulah sifat yang mendampingi
Walau kemana jua ku pergi
Ku bawa jasad ini
Ke lorong sepi
Dalam cahaya menerangi
Kelam suram jua kuturuti
Namun
Dua-duanya bertelagah sendiri
Sendiri aku berhenti
Ke mana lagi harus ku bawa lari
Lesu jasad tak bermaya lagi
Aku terima
Tanpa merayu lagi
Dua duanya aku campakkan ke dalam perigi
Kolam jiwa aku selami
Aku harus jadi diri sendiri
Jangan kata jadi cahaya
Apa lagi nak jadi api
Tenang-tenang sahaja disini
Hening rasa di tasik jiwa tetap berdiri
Tak akan berpaling walau sekali
Aku menunggumu malaikat maut
yang membawa mati mati kepada ku
Aku sangat merinduimu
Sifat yang tersembunyi dalam fikiranku
0 comments